Tuesday, November 9, 2010

Mengapa Emas ???

Perbezaan antara asset:

Ada diantara pelabur yang mempunyai portfolio yang tinggi mempunyai asset kewangan yang tersendiri sejak turun temurun terutama pelaburan saham dan bon. Sebab utama pelaburan ini untuk mempertahankan dan mengawal sekiranya disalahgunakan pihak tertentu.

Dalam kontek portfolio pembangunan, pelaburan dilihat sebagai satu keperluan yang tidak mempunyai risiko yang tinggi berbanding asset dan ianya mempunyai pulangan dan tabungan pada setiap pelaburan yang dilakukan. Pada setiap definasinya, pelaburan mampu mengelak kerugian yang besar malah mampu mengubah keuntungan.

Definasi sebenar

Kunci definasi dalam bentuk pelaburan berkait rapat antara satu sama lain kerana setiap pelaburan yang dilakukan berhubung rapat berbeza dengan konteks pelaburan sahamdan bom dimana setiap pelabur perlu mencari pelabur untuk menjual pasaran barangan yang ada sama ada mampu mencatatkan keuntungan atau sebaliknya.

Definasi untuk mengurangkan risiko

Ramai pelabur beranggapan bahawa setiap pelaburan yang dilakukan tidak lari dari menghadapi satu-satu risiko termasuk pembelian saham atau bomn namun dengan pelaburan ini kesan risiko dalam pelaburan emas adalah kecil dan rendah. Setiap urusniaga yang dilakukan tercatat bagi mengelak sebarang kesan yang berlaku.

I. Emas – Harga Simpanan

Sebab utama pelabur melihat pelaburan emas yang mempuyai kelas yang tersendiri kerana ianya sentiasa bertahan pada harganya tidak mudah kerugian pada harganya biarpun menghadapi situasi pasaran. Melalui petikan pakar ekonomi, Stephen Harmston dari Penasihat Bannock dalam laporan Kewangan Emas Sedunia 1998 memetik.

“…Sekiranya terhadap kesan pada harga pasaran, harga pasaran emas tidak akan berubah dalam tempoh masa yang lama seperti mana yang berlaku terhadap pasaran komuniti yang sentiasa berubah-rubah dan pada dasarnya pasaran emas sudah membuktikan keberkesanan pada harga kawalan dan ianya adalah lebih selamat pada ekonomi dan mampu mengelak berlaku inflasi dan mengawal ekonomi semasa. Dalam tempoh masa yang panjang, ekuti saham mampu mengugat pertukaran pasaran saham asing sekaligus hubungan antara pasaran saham akan berubah tetapi tidak pada pelaburan emas kerana dalam tempoh bertahan itu mampu mencatatkan keuntungan yang berharga.”

II. Emas – Portfolio dalam Inflasi Sifar

Antara kesan utama adalah untuk mempertahankan pasaran dalam sektor kewangan terhadap asset yang didagangkan dan emas dilihat satu pasaran yang cukup ideal bagi mengelak berlaku inflasi.

Definasinya Kunci Pelaburan Emas

Aspek utama dalam perlaburan adalah ianya terkawal dari segi risiko dan mempunyai pulangan yang dijangkakan dan amat kuat setiap kali pelaburan dilakukan terhadap pasaran sedia ada.

Memperkenalkan kelas yang tersendiri dan setiap pelaburan yang dilakukan mempunyai asst dalam komoditi kerana pencaturannya amat berbeza dalam setiap pelaburan yang dilakukan kerana ianya berfungsi secara lebih radikal dan selamat.

Sebab pembelajaran yang tersendiri menunjukkan teknik definasi secara tradisional termasuk pembelian saham dan bon menunjukkan kerugianv dan ada sedikit keuntungan pada setiap kali ianya didagangkan dipasaran. Biarpun membuat pelaburan yang kecil dalam urusniaga emas namun keuntungan yang dicatakan agak memberangsangkan.

6 Sebab utama mengapa perlu melabur emas.

1.Mampu mengawal inflasi.
2.Mampu mengawal pegedaran matawang dolar.
3.Selamat setiap masa dalam pasaran semasa.
4.Sebagai pasaran komoditi ianya adalah pasaran yang bagus dan baik kerana mempunyai pulangan yang tinggi.
5.Penyimpan nilai.
6.Portfolio dalam mengelak berlaku inflasi.

III. Menutup berlakunya Inflasi

Pelaburan emas dirangka untuk menutup berlakunya inflasi kerana tahap konsistennya diperakui berkesan kerana harganya sentiasa naik kerana harga emas tidak memberi sebarang kesan sampingan sejak perang dunia musim kedua dan kesan inflasi di amerika Syarikat untuk tempoh lima tahun turut menunjukkan kenaikkan pada 1946, 1974, 1975, 1979, dan 1980. Dalam tempoh masa itu, stok pulangan antara 12.33%; pada pulangan asal emas adalah 130.4%.

Hari ini, bilangan factor untuk mewujudkan perbezaan amat banyak sekali termasuk polisi pelaburan, pemotongan cukai, tempoh masa yang panjang untuk mengesahkanya termasuk memotong harga pasaran minyak dunia.

Minyak, Inflasi dan Emas
Harga pasaran minyak dan emas tidak sama antara satu sama lain hinggakan boleh menimbulkan pertanyaan mengenai harga pasaran minyak mampu memberi kesan terhadap harga emas kerana harga minyak sentiasa ada yang naik dan turun.Disini ada dua perbezaan kenaikkan harga pasaran emas yang berlaku pada1968. Kenaikkan harga pada 1972 dan 1974 turut melonjakkan kenaikkan sehingga 325%, antara US$2.44 kepada US$10.36. Dalam tempoh masa itu juga, harga emas turut sehingga 268% (pada suku tahun)(on a quarterly antara US$47.45 kepada US$174.76. Kenaikkan kedua pada harga berlaku pada 1978 dan 1980, apabila harga minyak naik sehingga 105%, dari US$12.70 ke US$26.00. dan masa yang sama, harga emas turut naik 254% dari US$178.33 ke US$631.40.

IV. Emas – antara pertukaran dollar

Emas dibeli dan dijual pada harga pasaran US, jadi tiada sebarang pertikaian mengenai harga berlaku sama ada naik atau sebaliknya.Matawang US Dollar adalah matawang yang kekal dan kenaikkan tidak begitu ketara dan ianya baik untuk simpanan dan pertukarannya boleh membuat perkiraan urusniaga komoditi.

V. Emas adalah selamat

Berdasarkan fakta bahawa Amerika Syarikat menggunakannya sebagai krisis komoditi dalam menggunakan sebagai pengawalan kuasa namun ia tidak memberi kesan yang kuat pada pasaran dunia termasuk memberi kesan pada pelabur pada satu-satu peringkat. Antara sebab utama adalah pada pasara emas tidak memberi kesan yang kuat namun begitu jika dilihat pada sistem perbankan agak ketara kesannya jika berlaku kesan ekonomi. Dan diharapkan dan juga amat penting pada pasaran dunia apabila kegagalan ekonomi global akan menjejaskan ekonomi dunia namun pelaburan emas masih lagi selamat.

VI. EMAS – bekalan dan pemintaan

Pertama, pemintaan agak ketara dan produkti emas sentiasa berubah, perak juga berubah dan secara puratanya ianya sentiasa berubah-ubah biarpun agak teruk untuk membuka pengurusan baru berasaskan pertukaran namun ianya dapat diselesaikan dalam satu tempoh masa yang cukup singkat seperti pengeluaran emas di Afrika Selatan sebagai pengeluar emas terbesar di dunia mencatatkan kejatuhan pada peringkat paling rendah pada 1931 dan kemudian terus tutup sehingga melantik Harmony Gold Mining Co dan berlaku kenaikkan pada harga emas setiap tahun selama 16 tahun lamanya.

Pemintaan yang meningkat terutama di China, India dimana India mencatatkan pengunaan emas yang paling banyak di dunia dan China mencatatkan pertumbuhan ekonomi dalam sejarah ekonomi paling moden dan kedua-dua negara melakukan liberalisasikan pada undang-undang untuk mengimport dan menjual emas.

China mengajar sesuatu yang baru dalam industri termasuk kenaikan ekonomi sehingga 9 % setahun dan akan menjadi negara kedua terbesar di dunia pada 2020 dibelakang Amerika Syarikat. Tahun lalu, Amerika Syarikat membelanjakan $162 billion lebihan dari barangan China berbanding barangan yang dibelanjakan China terhadap produk Amerika Syarikat dan perbezaan antara 25 % setiap tahun.

Dipetik Dari : http://www.publicgold.com.my/content/view/46/77/lang,malay/

‘Dolar seperti tisu tandas’ Dinar adalah penyelesaiannya – Tun Dr. M




TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Bekas Perdana Menteri

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang

Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.

Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.

“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

Wednesday, October 20, 2010

Persoalan & Jawapan

Soalan pertama :

Pernah tak anda semua terfikir kenapa zakat fitrah dibayar dengan RM bersamaan dengan nilai satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras? jd nilai RM zakat fitrah adalah berlainan bagi setiap negeri cth penang RM7 manakala melaka RM6.50.....tahun 2010

Jika soalan ini baru anda terfikir ini jwpnye.....dulu sy pun heran kenapa masa nak bayar zakat fitrah ayah saya main tolak2 beras...last2 bagi RM jugak..kan senang bagi RM shj....sampai sekarang sy tertanya2...baru kini sy tau....

Zakat fitrah dibayar dengan nilai 2.7kg beras bukan RM7 selama2nya kerana berat beras akan kekal wpun seribu tahun lagi tp nilai RM7 hari ini mampu ke beli beras 2.7kg akan datang?sudah tentu tak bukan,perkara ini berlaku kerana inflasi...jd bagi org yang berhak terima zakat wpun beribu tahun lg mereka akan dpt 2.7kg beras jgk yang mungkin seribu tahun lg harga beras tersebut adalah RM 500 berbanding skrg RM7 (agak je,hihihi)......so dengan kata lain seribu tahun akan datang bagi sape yang layak bayar zakat mungkin kena kuarkan RM500 bersamaan 2.7kg beras nti utk bayar zakat fitrah (cth je)

Jadi simpanlah dinar dan dirham kerana sejak zaman dulu lg 1 dinar mampu beli sekor kambing sekarang pun mampu beli sekor kambing, 1 dinar (RM625) 20/11/10 ; dan 1 dirham dulu boleh beli sekor ayam sekarang pun sama boleh beli sekor ayam, 1 dirham (RM15)

dulu RM0.20 boleh beli mee goreng sekarang pun RM0.20 boleh beli mee goreng tp SELEPAS KENA SEPAK NGAN TOKEY KEDAI :)

Soalan Kedua :

Kenapa kita sering mengharap gaji kita tiap tahun naik? Tapi pernah tak kita rasa makin naik makin tak cukup jgk....mcm sama je sebelum ni?

Jawapannye ada dua:

Pertama kena semak balik rezeki kita tu betul2 berkat tak .... dan kena la sentiasa bersyukur ngan ape yang ada baru la kita rasa cukup, kalau tak sampai bila pun mesti tak cukup kan.....

Yang kedua cuba anda baca ni http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=397693&

cuba korang pikir2 balik mcm mn nak cukup kalau gaji naik 10% setahun maknanya 10% tu hanya nak melawan inflasi yang wujud tahun tu...makanan je naik dkt 9.2% sampai bila pun tak cukup2...serupa mcm tak naik gaji je kan......so sama jgk masa dulu gaji dulu kalau RM500/sbln dah mewah mcm2 boleh beli...skrg bkn kata RM3k,RM4k/sbln pun tak ckp2 lagi.....so inflasi ni menyebabkan nilai wang kita makin lama makin kecil nilainye....

tapi kalau anda beli emas....simpan dulu hingga skrg mesti dah bertambah2 mahal nilainye, tak mcm kita simpan duit dlm bentuk RM kan? so tak terlambat utk beli emas...bermulalah skrg

TQ




Kenyataan Semasa

Hari ini sy ada terbaca facebook Dr Mahathir isu berkaitan "The Currency War"

nak baca lanjut boleh layari : http://www.facebook.com/notes/dr-mahathir-bin-mohamad/the-currency-war/463630912528

dah baca? ok le kalau tak paham sy terang skit ok

selalu kita rasa bila RM kita kuat berbanding US ekonomi kita semakin ok kan? betul ke? atau USD yang makin teruk menyebabkan RM kita kuat......Sebenarnya ini lah yang terjadi skrg USD makin lemah

Cuba baca ,isu ini menerangkan apa yang dibuat oleh US skrg

5. Martin Wolf of the Financial Times, an expert on money has this to say. There is a global currency battle going on. "To put it crudely," he says, "the US wants to inflate the rest of the world, while the latter is trying to deflate the US. The US must win, since it has infinite ammunition; there is no limit to the dollars the Federal Reserve can create. What needs to be discussed is the terms of the world's surrender; the needed changes in nominal exchange rates and domestic policies around the world."

6. Our reserves are represented by the US Dollar, Gold and other currencies which we keep in order to back the value of our Ringgit. The US clearly does not have to hold foreign currencies to back the Dollar. All the US has to do is to create (print) money.

7. When we buy US Dollar bonds, we are in fact lending US Dollars to the US. When we redeem the bonds all the US has to do is to print more dollars to pay us. We are actually exchanging hard-earned money for pieces of paper which some people call toilet paper.

8. I wonder what Malaysia is doing during this currency war. Are we still keeping US Dollars as our reserves? Have our reserves depreciated because the US Dollar has depreciated?

9. Many countries are now "controlling" their currencies. Are we going to go the other way - to remove the last remnants of our control?

Bila kita simpan duit dlm bentuk RM atau USD skali pun nilainya tiada kerana kos sebenar duit fiat adalah sekeping kertas sahaja yang boleh dicetak sesuka hati. Bila nilai duit USD jatuh sebenarnya duit kita juga jatuh disebabkan inflasi.

Adakah kita bekerja keras semata2 utk sekeping kertas yang sama dengan kertas tandas? Tun ada ckp ada negara now "controlling" their currencies.....paham tak "controlling" ? negara china sedang meningkatkan stok emas negara mereka....utk mengawal inflasi...adakah anda sedar?

Tun jgk pernah keluarkan kenyataan ini :-

“Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan”

jd apa yang boleh menyelamatkan anda nti adalah emas dan perak,marilah semua kita kembali kepada sunnah nabi yang ternyata benar belaka.....selamatkanlah kekayaan anda sekarang sebelum terlambat......tidak rugi beli emas

sekian

Friday, October 1, 2010

Produk2 Public Gold

Jongkong Emas 999.9 (20g, 50g, 100g, 500g)

Syiling Emas 999.9 (50g)

Dinar Emas 916 ( 1 dinar, 5 dinar, 10 dinar)

Jongkong Perak 999 (1000g)

Kenapa Anda Perlu Beli Emas?

A picture tell a 1000 words

Korg tengok & korg pikir2 kan lah dulu k....ape sebenarnya gmbr tersebut gambarkan..ok...

wahhhhh...kayooo...nye budak ni byk duit
mamat ni pun serupa.....bila la aku nk kayooo...mcm ni

berbillion2 & million2 duit dia

25 billion boleh gila duit byk ni

ish mahal nye mkn ringan mcm tu pun million ke harga nye

kenape 3 biji ke = 100 billion?

ishh...org mana la bodoh buang duit dlm tong sampah ni

ni lg la paper money last skali jd wallpaper

tn kedai : cik ni la baki wang cik td......

cuba korg sebut kat aku nilainye yg betul....aku pun tak jumpa...mb sbb tu kot kerajaan dia letak "so many" tp yg pasti kayo btl mamat ni

menu utk jutawan2 dunia sahaja

ok.....ape sebenarnya gmbr2 tu terang kan...korg boleh ty "en google" lebih lanjut psl krisis kewangan yg melanda zimbabwe tp tak pe kat cni sy terangkan skit cheritanye ok....

Pada 1980,Zimbabwean Dollar mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada USD iaitu ZWD 1 = USD 1.47 , tetapi kerana pemerintah yang sesuka hati mencetak wang kertas, maka nilai wang negara Zimbabwe telah kehilangan nilainya ; maklumat lanjut http://en.wikipedia.org/wiki/Zimbabwean_dollar

Apa yg anda lihat adalah selepas kejatuhan sektor pertanian di zimbabwe pada 2000 inflasi negara tersebut telah mencapai sehingga 231 million % setahun, cuba korg bayangkan 231,000,000%.

tapi kalau anda suma ingat negara kita pun pernah mengalami nasib yang sama....ingat tak lg duit daun pisang, kalau tak ingat gmbr dia kat bwh nia ha....



Nak tau lanjut korg dengar la sendiri rakyat zimbabwe terang kan,ape yg bernilai bagi mereka ketika itu,ZWD or gold....so terjawab la sudah kenapa anda perlu beli emas skrg.........


SEKIAN

Thursday, September 30, 2010

Kata Pengarang

Assalamualaikum,

Di dalam blog ini sy akan mendedahkan serba sedikit ilmu berkaitan perniagaan / pelaburan emas. Sy dulu pun blur tentang emas ni...dan selalu tertanya2 kenapa org tua2 dulu suka sgt suruh beli emas,alasan senang sj nanti terdesak leh jual....eh,aku kan byk simpanan nape kena beli emas utk jual, 2 kerja lak beli emas pastu jual, simpan dkt bank kan senang bila2 nak pakai kuarkan je duit ...ye tak... itu dulu sebelum aku kenal manfaat sebenar emas.... kalau anda semua mempunyai persoalan yang sama mcm sy, teruskan baca blog sy....anda pastu tersedar rahsia sebalik emas....

tp aku percaya dan yakin sabda ini :-

Abu Bkar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia; maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) untuk digunakan" - Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal